SESI PERBINCANGAN AWAL PROGRAM INDUSTRY ON CAMPUS (IOC) ANTARA KOLEJ KOMUNITI ROMPIN (KKRP) DAN ROMPIN BEACH RESORTS (RBR)

Program IOC merupakan integrasi antara pendidikan dan industri yang bertujuan menyelaras pengajaran dan pembelajaran dengan keperluan dan amalan industri terkini. Melalui program ini, penyaluran pengetahuan antara ahli akademik dan industri secara dua hala dapat disalurkan kepada pelajar dalam suasana aplikasi perindustrian sebenar dan perkongsian kemudahan, peralatan, tenaga dan ruang antara institusi dan industri dapat dimanfaatkan secara optimum.
Justeru, Kolej Komuniti Rompin akan melaksanakan program IOC ini bermula Mac 2024 sehingga Disember 2025 melalui bidang Hospitaliti dengan penglibatan Program Operasi Perhotelan dan Program Kulinari.
Melalui perbincangan awal ini kedua-dua institusi bersetuju untuk melaksanakan 10 aktiviti berimpak tinggi dengan menyasarkan beberapa elemen yang telah disepakati.
KKRP: KAMI Komited.Responsif.Positif