𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗢 𝟮𝟭𝟬𝟬𝟭:𝟮𝟬𝟭𝟴 𝗘𝗢𝗠𝗦 𝗦𝗧𝗔𝗚𝗘 𝟮 (𝗘𝗗𝗨𝗖𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗦𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗦 𝗠𝗔𝗡𝗔𝗚𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗦𝗬𝗦𝗧𝗘𝗠)

Alhamdulillah selesai sudah sesi Lawatan Pengauditan EOMS Peringkat Kedua (Audit Stage 2) Kolej Komuniti Rompin yang telah berlangsung dengan jayanya pada 9 dan 10 Mei 2024. Proses Audit ini telah diaudit oleh Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang terdiri oleh:
1. Pn. Maznah binti Mat Isa – Ketua Auditor
2. Pn. Siti Roshaiza binti Ali – Auditor
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga KKRP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya Pengurusan Tertinggi, Pemilik Proses, Jawatankuasa Program, Jawatankuasa Unit Jaminan Kualiti yang bertungkus lumus dalam memastikan proses lawatan audit ini berjalan dengan sempurna.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan audit daripada pihak Auditor SIRIM mendapati, KKRP disyorkan untuk Persijilan ISO 21001:2018.
Syabas dan tahniah kepada semua warga KKRP. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.
KKRP: KAMI Komited.Responsif.Positif
𝘿𝙪𝙙𝙪𝙠 𝙙𝙞 𝙧𝙪𝙢𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙤𝙣𝙩𝙤𝙣 𝙙𝙧𝙖𝙢𝙖,
𝙎𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙗𝙖𝙬𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙢𝙗𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙙𝙖𝙝,
𝘼𝙣𝙙𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙡𝙪𝙧𝙪𝙝 𝙬𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙆𝙆𝙍𝙋 𝙗𝙚𝙠𝙚𝙧𝙟𝙖𝙨𝙖𝙢𝙖,
𝙋𝙖𝙨𝙩𝙞 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝