Program Siswa Cakna Komuniti Prihatin

Program Siswa Cakna Komuniti Prihatin ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagi memupuk sifat kepimpinan dalam berbakti serta mengukuhkan jaringan sosial terhadap komuniti serta sebagai nilai tambah dalam diri pelajar. 

Program ini anjuran Unit Pengajian Am dan mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin , Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Sungai Puteri (JPKK) ,SWCorp dan Alam Flora. Kampung yang dipilih sebagai lokasi program adalah Kampung Sungai Puteri, Rompin. 

Antara pengisian program ini ialah mengadakan temu bual  dengan komuniti, membersihkan rumah penduduk OKU, surau dan juga masjid.

Program ini melibatkan 30 orang pelajar dari Kursus MPU11012 Pengajian Malaysia dan 5 orang pensyarah pembimbing serta penglibatan Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Rompin.

Di samping memenuhi Penilaian Berterusan Kerja Lapangan (25%) bagi Kursus MPU11012 Pengajian Malaysia pelajar juga dapat mencapai objektif program iaitu:

o  Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri pelajar terhadap komuniti yang ada di persekitaran;
o  Memberi sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat;
o  Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin, dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.