Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan


Kolej Komuniti Rompin beriltizam memberi perkhidmatan yang berkualiti, beretika, profesional, cekap dan mesra dengan memastikan:


 ✒️Program pengajian mendapat akreditasi daripada MQA atau badan-badan profesional yang berkaitan;


 ✒️Proses pengambilan pelajar ke Kolej Komuniti Rompin mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta memaklumkan     keputusan kemasukan dalam DUA PULUH (20) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan;


 ✒️Bayaran bantuan kewangan dilaksanakan dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari bekerja selepas keputusan diumumkan kepada   pelajar yang layak; dan


 ✒️Keputusan peperiksaan dimaklumkan dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja selepas semester pengajian berakhir