Sijil Operasi PerhotelanSinopsis ProgramProgram Operasi Perhotelan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang operasi hotel. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan: 1. Perkembangan terkini industri hospitaliti di dalam dan luar negara. 2. Langkah-langkah tatasajian yang merangkumi beberapa servis iaitu american service, russian service dan french service. 3. Kaedah mengendalikan dan menguruskan majlis. 4. Teknik yang sesuai untuk menghasilkan pelbagai jenis minuman mengikut kategori. 5. Prosedur dan teknik dalam melaksanakan pengemasan bilik tetamu, operasi dobi, public area dan gubahan bunga. 6. Prosedur dan teknik dalam melaksanakan penempahan bilik tetamu, tugas reception dan tugas concierge.
Prospek KerjayaProgram ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Operasi Hotel yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Operasi Hotel. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut : Waiter / waitresses Bartender Food and Beverage Captain Food and Beverage Supervisor Chambermaid Laundry Attendant Laundry Supervisor Linen Attendant Linen Supervisor Public Area Attendant Public Area Supervisor Hotel Florist Butler Telephone Operator Reservation Assistant Reservation Supervisor Bellman Bell Captain Front Office Assistant Front Office Supervisor Night Auditor | ||