Sijil Teknologi Elektrik

Sijil Teknologi Elektrik

Sinopsis Program


Program Sijil Teknologi Elektrik direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik. Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan berkaitan industri elektrik dan elektronik.Program ini menawarkan kursus teras antaranya Litar Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti Semikonduktor, Sistem Digit,Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik Satu dan Tiga Fasa,Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pengawal Logik Boleh Aturcara, Sistem Automasi Bangunan, serta kursus Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara.Selain itu, kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik dan Sains. Pelajar juga akan didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek. Di samping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknousahawan sebagai nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik dan elektronik.

 

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang menyediakan laluan kerjaya seperti berikut:
 
Juruelektrik
Juruteknik Elektrik
Penolong Penyelia Elektrik
Usahawan

Syarat Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna) pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali