Sejarah Penubuhan

Kolej Komuniti Rompin siap dibina pada tahun 2003 di tapak seluas 15 ekar dalam mukim Kuala Rompin. Terdapat tujuh blok bangunan termasuk blok  pentadbiran,makmal dan bengkel. Sebagaimana kolej komuniti yang lain, Kolej Komuniti Rompin ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum memasuki pasaran tenaga kerja. Kolej Komuniti Rompin menawarkan kursus-kursus Sijil Kolej Komuniti, iaitu Sijil Teknologi Elektrik,Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Kulinari, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara serta Sijil Servis Kenderaan Ringan. Selain daripada itu, Kolej Komuniti Rompin juga menganjurkan kursus-kursus jangka pendek bagi masyarakat setempat tanpa mengirausia dan bangsa bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta sosioekonomi mereka melalui pendidikan sepanjang hayatyang fleksibel dan mudah akses.