Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Nama Sijil:
SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

Intipati Sijil / Silibus:

Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

  • Unit Penyamanan Udara Domestik: Latihan penyediaan asas, dan penyelenggaraan unit penyaman udara.
  • Unit Penyamanan Udara Kenderaan: Penyelenggaraan unit penyamanan udara kereta, bas dan van.
  • Unit Penyejukan: Penyelenggaraan unit penyejukan domestik, unit penyejukan komersial dan unit penyejukan bilik beku.
  • Unit Penyamanan Udara Industri: Penyelenggaraan unit penyamanan udara industri package unit, chliller dan variable refrigerant volume (VRV).

 

Syarat Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

 

Peluang Kerja:

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang berikut:

  • Juruteknik
  • Usahawan
  • Jururunding (Consultant)
  • Kontraktor