PROGRAM MOH FESTIVAL POLYCC 2024 - KURSUS SERVIS PENYAMANAN UDARA DOMESTIK

🗓 Tarikh: 18 Ogos 2024 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
🏖Lokasi: Teluk Cempedak, Kuantan
👨‍🔧 Pensyarah : En Onn bin Ahmad@Jusoh
🥷 Pensyarah Pembantu: En Ramlan bin Aw Ngah
Telah berlangsung Kursus Servis Penyamanan Udara Domestik telah disertai oleh seramai 20 orang peserta komuniti setempat dari sekitar Kuantan sempena Program Moh Festival PolyCC 2024 di Teluk Cempedak, Kuantan. Program ini di bawah seliaan Ketua Unit PSH Pn Nor Fadzilah binti Yaacob dan di bantu oleh Cik Nor Hasikin binti Abu Bakar.
Peserta kursus dapat mempelajari dan melakukan servis dan penyelenggaraan asas unit penyamanan udara domestik dengan cara dan kaedah yang betul.
Program ini juga telah menerima lawatan dari Puan Wan Marina binti Wan Mohd Nowalid, Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta. Turut hadir bersama adalah En M Anwar Fakaruddin bin M Jalaludin, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Rompin
Tahniah kepada semua peserta yang menjayakan kursus hari ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat diaplikasikan dan dimanfaatkan sepenuhnya.