MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MOH FESTIVAL POLYCC 2024

18 Ogos 2024
- Majlis Perasmian Penutup Moh Festival POLYCC 2024 telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sabariah binti Saidan, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang.
Hadir sama adalah Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), YBhg.Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK, YBrs. Tuan Haji Azirin Abdul Aziz, Timbalan Komander Rejimen 505 AW, Kem Force 136, Leftenan Kolonel Ahmad Zakhuan Yahya serta Pengarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), selaku Pengerusi Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Pahang, YBrs.Encik Hisamudin Mohd Tamim.
Moh Festival POLYCC 2024 ini dianjurkan buat pertama kalinya oleh BAPP, JPPKK dan dikelolakan oleh POLYCC Zon Pahang diadakan selama tiga hari bermula 16 Ogos 2024, bertempat di Teluk Cempedak, Kuantan.
Objektif utama penganjuran adalah untuk memperkenalkan dan memperkasakan kemahiran TVET yang ditawarkan di POLYCC
seluruh Malaysia.
Selain mengeratkan silaturahim dan jaringan warga POLYCC dengan komuniti dan agensi setempat, program ini juga turut menyediakan peluang aktiviti-aktiviti berupa khidmat masyarakat dan peningkatan pengetahuan serta kemahiran misalnya melalui
penyertaan kursus-kursus pendek secara percuma.
Program yang berlangsung sejak Jumaat lalu turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik yang lain antaranya menukar minyak hitam motosikal secara percuma, pameran TVET daripada POLYCC Malaysia, pameran agensi, demonstrasi badan beruniform, persembahan pelajar POLYCC serta artis jemputan Usop Kopratasa dan Lakaa Idris, aktiviti larian, gerai jualan, laman kopi dan banyak lagi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan juga para pengunjung yang hadir.