𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐎𝐇! 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒

Tahniah kepada semua POLYCC Pahang yang terlibat dalam jualan dan pertandingan keusahawanan sempena Moh! Festival POLYCC 2024. Kolej Komuniti Rompin telah menguruskan Program Keusahawanan POLYCC Pahang yang berlangsung selama tiga hari di Teluk Cempedak, Pahang.
Kutipan jualan usahawan pelajar POLYCC Pahang dari 16-18 Ogos 2024 sehingga jam 5.00 petang mencapai RM50,395.00.
Tahniah juga kepada semua pemenang pertandingan Pitching - Live Tiktok, Video Tiktok, Gerai Jualan Paling Gempak, dan Gerai POLYCC Jualan Tertinggi.
Terima kasih atas komitmen semua KU Keusahawanan POLYCC Pahang, mentor, juri dan pelajar yang terlibat sepanjang program berlangsung. Semoga momentum ini dapat diperhebat untuk program keusahawanan yang akan datang.
Syabas dan terima kasih kepada semua!
JK Keusahawanan,
Moh! Festival POLYCC 2024