𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 SEMPENA 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟒

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Penerima Anugerah Usahawan Kolej Komuniti sempena Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Pahang iaitu Muhammad Azfar Rauf bin Mohd Redzuan.
Muhammad Azfar Rauf bin Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Raff merupakan pelajar Sijil Teknologi Elektrik, Kolej komuniti Rompin dan kini beliau merupakan seorang usahawan dalam bidang menggunting rambut di Kuantan, Pahang.
Permulaan graduan ini menceburi bidang Barbers (menggunting rambut) adalah kerana minat yang mendalam. Namun, siapa sangka berkat kemahiran yang ada ianya mampu mengubah menjadi satu profesion buat graduan.
Seluruh warga Kolej Komuniti Rompin sangat berbangga atas penganugerahan yang diterima dan semoga pencapaian beliau menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain.
𝐊𝐊𝐑𝐏: 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝.𝐑𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧𝐬𝐢𝐟.𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟