LAWATAN PENILAIAN KITARAN BAHARU AKREDITASI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

1) Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
2) Ts. Ir. Ramlan bin Harun (wakil industri)
👨🏻‍💼Sekretariat MBOT:
1) Encik Muhammad Izzat Hakimi bin Mustaffa
Lawatan penilaian selama dua hari ini dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan institusi yang telah disampaikan oleh tuan pengarah, Encik Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz. Proses audit yang telah dijalankan adalah merangkumi semakan dan penilaian dokumen, lawatan premis melibatkan makmal, bilik kuliah, peralatan dan sumber pendidikan serta sesi temu bual bersama pihak pengurusan, staf akademik dan pelajar.
Pada hari kedua audit, satu pembentangan ringkasan eksekutif serta pelaporan ringkas telah turut disempurnakan oleh pengerusi panel, Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani dalam mesyuarat penutupan lawatan penilaian. Semoga dengan proses audit yang telah dijalankan ini, Kolej Komuniti Rompin dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti sebagai salah satu institusi TVET yang unggul, khususnya bagi program Sijil Teknologi Automotif.
𝐊𝐊𝐑𝐏: 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝.𝐑𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧𝐬𝐢𝐟.𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟