“𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐈𝐍𝐆𝐊𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇, 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈” 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍 - 𝐏𝐍. 𝐍𝐔𝐑 '𝐀𝐓𝐈𝐊𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐏𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍

Satu Majlis Perpisahan 'Majlis Bingkisan Kasih, Sanjungan Budi’ telah diadakan pada 04 September 2024 bagi meraikan perpindahan Pn. Nur 'Atikah binti Paiman, Pegawai Psikologi. Beliau akan memulakan tugas yang baharu di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang.
Seluruh warga kerja KKRP merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di Kolej Komuniti Rompin.
Ika manis nama timangan,
Cantik molek senyuman menawan,
Jasa baktimu sentiasa dikenang,
Budi baikmu kekal diingatan.
Hilangmu tiada pengganti,
Hanya tinggal kenangan abadi,
Terima kasih jasa di beri,
Akan KKRP semai di hati.
Selamat Menjalankan tugas dan selamat maju jaya di tempat baharu.
𝐊𝐊𝐑𝐏: 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝.𝐑𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧𝐬𝐢𝐟.𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟