Kursus Pendek Junior V5 Kursus Wudhu' dan Solat Siri 1

Telah berlangsung Kursus Wudhu' dan Solat Siri 1 yang dihadiri oleh 31 orang pelajar sekolah berusia 7 hingga 14 tahun dari komuniti daerah Rompin.
Di akhir kursus, peserta telah dapat mempelajari kaedah berwudhu' dan mengetahui rukun-rukun solat dengan mempraktikkan langkah-langkah menunaikan solat secara tertib.
Diharapkan Kursus Pendek Junior dapat memanfaatkan masa anak-anak dengan ilmu kemahiran sepanjang cuti sekolah.
🗓 Tarikh : 22 Januari 2025
🕰 Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
🕌 Tempat : Surau Ar-Rahim, Kolej Komuniti Rompin
👨🏻‍🏫 Pengajar :
En. Mohammad Azrinsha bin Abdul Wahab
📝 Pensyarah Pembantu :
1) Pn. Mastura binti Mastor
2) En. Mohd Juwahir bin Pa'iman
3) Pn. Nordiyana binti Mohd. Rani