Telah berlangsung Kursus Learn Power Point Junior yang dihadiri oleh 28 orang pelajar sekolah rendah berusia 7 hingga 12 tahun dari komuniti daerah Rompin.
Di akhir kursus, peserta telah didedahkan dengan penggunaan asas perisian Microsoft Power Point. Peserta telah mengetahui kaedah pembinaan slaid seperti penggunaan design dan gambar yang sesuai serta mempelajari fungsi aplikasi Microsoft Power Point yang menarik dan berkesan.
Diharapkan Kursus Pendek Junior dapat memanfaatkan masa anak-anak dengan ilmu kemahiran sepanjang cuti sekolah.



Pn. Maryam binti Pandi

Pn. Nordiyana binti Mohd. Rani