π’π„πŠπ‘π„π“π€π‘πˆπ€π“ π‘π€πŠπ€π πŒπ”πƒπ€ (π’π‘πŒ) πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π‘πŽπŒππˆπ πŒπ„π‘π€πˆπŠπ€π π€ππ€πŠ-π€ππ€πŠ π˜π€π“πˆπŒ 𝐍𝐔𝐑 πˆπŒπ€π π‘πŽπŒππˆπ

ROMPIN, 13 Januari – Anak-anak Yatim Nur Iman Rompin telah diraikan dengan penuh penghormatan dalam Program Rakan Prihatin: CSR@Jalinan Kasih yang berlangsung pada hari Sabtu lalu. Program yang dianjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda Kolej Komuniti Rompin (SRM KKRP) ini, dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin, telah mendapat sambutan dan sokongan daripada pegawai serta kakitangan, yang turut serta dalam meraikan anak-anak yatim ini.
Seramai 100 individu telah terlibat dalam menjayakan program yang amat bermakna ini, terdiri daripada 45 orang anak-anak daripada Rumah Anak Yatim Nur Iman Rompin, serta 55 orang peserta termasuk pensyarah, ahli SRM KKRP, dan warga kerja Kompleks Rakan Muda Rompin.
Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah diatur sepanjang program ini, antaranya termasuklah Rakan Aktif: Sesi Senamrobik, Rakan Prihatin: Pembangunan Sahsiah serta Pembaikan Soket, Kipas dan Lampu, dan Rakan Mahir: Bengkel Masakan β€˜Chicken Chop’. Program ini dirasmikan oleh Encik Hasrul Nizaruddin Hussin, Wakil rasmi Ahli Dewan Negeri Kawasan Tioman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tanjung Pahang.
Turut hadir dalam memeriahkan suasana program ini adalah Puan Siti Hajar Khor Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Rompin; Encik M. Anwar Fakaruddin M. Jalaluddin, Timbalan Pengarah Akademik KKR; Encik Khairunnaim Muslimin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin; Encik Mohamad Syafik Abd Rahman, Penyelia Rumah Anak Yatim Nur Iman Rompin (Lelaki); serta Puan Mardhiah, Penyelia Rumah Anak Yatim Nur Iman Rompin (Perempuan).
Ucapan tahniah dihulurkan kepada semua atas kejayaan membuka tirai tahun ini dengan penganjuran program yang sangat bererti dan memberikan kenangan manis kepada semua anak-anak yatim yang terlibat. Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus maju ke hadapan, tanpa berasa kekurangan dalam menghadapi cabaran hidup.
πŠπŠπ‘π: πŠπ€πŒπˆ 𝐊𝐨𝐦𝐒𝐭𝐞𝐝.π‘πžπ¬π©π¨π§π¬π’πŸ.𝐏𝐨𝐬𝐒𝐭𝐒𝐟