𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐒𝐔𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu bagi Sesi 2 2022/2025 telah berlangsung selama dua hari, bermula pada 8 hingga 9 Januari 2025. Majlis Perasmian Penutup ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Rompin, Encik Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran seluruh warga kerja Kolej Komuniti Rompin, yang bersama-sama memeriahkan acara penutupan pada pagi tersebut.
Pihak pengurusan kolej ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu yang telah memilih Kolej Komuniti Rompin sebagai institusi pendidikan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
𝐊𝐊𝐑𝐏: 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝.𝐑𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧𝐬𝐢𝐟.𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟
Tarikh: 10 Januari 2025
Tempat: Dewan Seminar, Kolej Komuniti Rompin