𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍

Encik Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz, Pengarah Kolej Komuniti Rompin, telah menyempurnakan sesi penyerahan surat lantikan kepada Encik Muhammad Hatta bin Kassim, SMP, Pegawai Daerah Rompin, sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Rompin yang baharu.
Sesi serahan tersebut turut disaksikan oleh Encik M. Anwar Fakaruddin bin M. Jalaludin, Timbalan Pengarah Akademik, dan Puan Noradilah binti Mohd Idris, Timbalan Pengarah Pengurusan.
Sesi kunjungan ini juga memberi peluang untuk memberikan penerangan secara menyeluruh kepada Pegawai Daerah mengenai program-program dan kursus pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti Rompin (KKRP).
Diharapkan dengan pertemuan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara Kolej Komuniti Rompin dan pihak Pejabat Daerah Rompin, serta memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan dan mempertingkatkan usaha dalam memperkenalkan program-program pendidikan yang lebih berkesan.
𝐊𝐊𝐑𝐏: 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝.𝐑𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧𝐬𝐢𝐟.𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟