Telah berlangsung Kursus AI dalam Pembelajaran yang dihadiri oleh 15 orang pelajar sekolah rendah berusia 7 hingga 12 tahun dari komuniti daerah Rompin.
Kursus AI dalam Pembelajaran bertujuan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) kepada pelajar untuk meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran.
Di akhir kursus, peserta telah didedahkan dengan penggunaan asas mempelajari cara menggunakan alat seperti ChatGPT, Gemini, image generator dan Google Translator serta aplikasi berbasis AI untuk meningkatkan produktiviti dan penglibatan pelajar.
Diharapkan Kursus Pendek Junior dapat memanfaatkan masa anak-anak dengan ilmu kemahiran sepanjang cuti sekolah.
🗓 Tarikh : 23 Januari 2025
🕰 Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
🏫 Tempat : PKD Janglau Kuala Rompin
👨🏻🏫 Pengajar :
En. Wan Muhammad Amin bin Wan Sazali
👨🏻💼 Pensyarah Pembantu :
En. Mohd Ikmal bin Abdul Rahman
#kursuspendekjuniorV5
#kursuspendekkolejkomunitirompin
#pshkolejkomunitirompin