PROGRAM WORLD CLEANUP DAY (WCD) 2024 PERINGKAT DAERAH ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR Tarikh : 27 September 2024 Lokasi : Pantai Hiburan, Rompin Anjuran : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Cawangan Rompin (SWCorp)
Audit sisa telah dijalankan selepas program ini berlangsung dan berjaya mengumpul sebanyak 310 KG sisa yang merangkumi kertas, plastik (rigid), plastik (film), lampin pakai buang, tekstile/fabrik, getah/kulit, kaca, puntung rokok, pelitup muka, besi dan lain-lain sisa.
World Cleanup Day adalah sambutan di peringkat dunia yang melibatkan aktiviti pembersihan kawasan persekitaran secara serentak dan ia mula dianjurkan oleh sebuah organisasi antarabangsa iaitu Let's Do It World. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada KolejKomuniti Rompin yang turut terlibat didalam menjayakan usaha murni ini. Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan persekitran dan mengamalkan amalan kitar semula demi kelestarian alam sekitar. ‘𝙒𝙚 𝘾𝙡𝙚𝙖𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙’
| ||