Tarikh: 28 September 2024 Masa: 7.30 pagi - 1.00 tengah hari Tempat: Kolej Komuniti Rompin Anjuran: Jawatankuasa Kebersihan & Keceriaan KKRP bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, PolyCC dan SWCorp Pahang. Warga Kolej Komuniti Rompin telah bekerjasama membersihkan ruang kerja, bengkel serta kawasan kolej dan mengasingkan sisa/ sampah yang boleh dikitar semula. Program ini melibatkan semua warga KKRP dan SWcorp Rompin dalam menyokong serta menjayakan program ini. Hasil kutipan bahan terbuang dan bahan kitar semula yang berjaya dikumpulkan pada program tersebut ialah sebanyak 1514 kg. Tahniah dan terima kasih kepada warga Kolej Komuniti Rompin dan SWCorp Rompin yang menjayakan World Cleanup Day kali ini. We are all heroes!
| ||