PERKONGSIAN LAWATAN DAN KHIDMAT NASIHAT OLEH PEJABAT DAERAH PERIKANAN ROMPIN

🧵 Tarikh : 21 Mac 2025
⏰ Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
🏡 Tempat : Laman Agro, Kolej Komuniti Rompin 
🦚Unit: SmartGreen KKRP

Para pelajar semester satu Program Kulinari berpeluang menerima kunjungan Ketua Daerah Perikanan Rompin, Encik Sharifuddin bin Abdul Manan, yang turut dibantu oleh Encik Amier Hamzah bin Abdul Rahim di Laman Agro KKRP.

Perkongsian ini merangkumi khidmat nasihat dan ilmu berkaitan amalan baik dalam akuakultur, khususnya bagi sistem ternakan ikan air tawar dalam tangki berkonsep fertegasi. Selain itu, sesi ini turut menekankan aspek fasiliti peralatan, sistem saliran, serta panduan pengurusan kesihatan ikan bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian penternakan.

Diharapkan melalui perkongsian ini, para pelajar dapat melihat potensi serta kepentingan dalam menjana ekonomi hijau pada masa hadapan. Penerapan amalan akuakultur yang bertanggungjawab bukan sahaja menyokong kelestarian industri, malah memastikan sistem penternakan ikan dikendalikan secara mampan dan beretika.

Selain itu, para pelajar kulinari juga telah mengusahakan mini projek bagi Subjek Pematuhan Teknologi Hijau (SUG10022), Topik 3.0: Pelaksanaan Ekonomi Hijau sebagai sebahagian daripada pembelajaran mereka.

Terima kasih kepada Pejabat Perikanan Rompin atas perkongsian ilmu yang amat bernilai ini! 🐟🐟🐟

#SmartGreen
#budayahijau