Seramai 13 orang pelajar dan 2 orang pegawai/pensyarah pengiring iaitu Encik Mohd Hafiz bin Rosli dan Puan Mastura binti Mastor telah terlibat dalam Program ‘Beach Clean Up’ anjuran Majlis Daerah Rompin. Antara aktiviti program ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Muhammad Hatta bin Kassim, SMP, Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin, diikuti dengan senamrobik. Program ini turut merangkumi taklimat ceramah bertajuk Recycle for Life oleh SWCorp Rompin serta aktiviti pembersihan pantai, penanaman pokok, dan plogging. Dalam program ini, Kolej Komuniti Rompin telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dengan mengumpulkan berat sisa plogging sebanyak 118 kg sempena program pembersihan pantai. Di samping itu, kolej juga turut memperoleh hasil dari timbangan sisa yang terkumpul dalam aktiviti plogging tersebut. Program ini banyak memberi ruang kepada pelajar Kolej Komunti Rompin menekankan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, komuniti dan institusi pendidikan bagi mencapai pembangunan mampan. Melalui penyertaan ini, pelajar diberi peluang untuk menyumbang secara langsung dalam menjaga kebersihan pantai serta menghayati nilai tanggungjawab sosial dan kelestarian alam. Tahniah dan Terima kasih kepada pelajar dan semua pihak yang terlibat dalam program ini.
| ||||||||||||||