SESI PERBINCANGAN JALINAN KERJASAMA BAGI PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH DENGAN KOLEJ KOMUNITI ROMPIN



Telah berlangsung sesi perbincangan antara Kolej Komuniti Rompin bersama Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah dalam usaha memperkukuh pelaksanaan Program Teknologi Automotif selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.
Kerjasama ini merangkumi:
🔹 Perkongsian kepakaran dan kemahiran dalam bidang automotif
🔹 Lawatan teknikal dan penerangan industri
🔹 Pembangunan kurikulum TVET secara bersepadu
🔹 Perkongsian kemudahan makmal dan tenaga pengajar
🔹 Peluang Latihan Sangkutan Industri (LSI)
🔹 Penyelidikan bersama dan penyertaan pertandingan MySkills
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan TVET yang kompeten dan berdaya saing.