PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2025 KURSUS REKABENTUK DAN PEMASANGAN SOLAR OFF-GRID PV : SIRI 1: PENGENALAN TEKNOLOGI SOLAR PV & REKABENTUK SISTEM SOLAR OGPV
| | |
|  Tarikh : 03 MEI 2025  Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang  Tempat : Makmal Elektrik & Elektronik, Kolej Komuniti Rompin  Pengajar : Ts. Zarulnizam bin Ab Jalil Pn. Faizatul Noor binti Abu Bakar  Pensyarah Pembantu : Pn Noor Haslinda binti Zainoldin En Zulkhabri bin Md Kardi @ Md Kadri  Telah berlangsung Kursus REKABENTUK DAN PEMASANGAN SOLAR OFF-GRID PV anjuran Kolej Komuniti Rompin yang dihadiri oleh 15 orang peserta dari golongan belia yang terpilih di sekitar daerah Rompin, Tioman, dan Muadzam Shah . Tenaga pengajar kursus adalah Ts Zarulnizam bin Ab Jalil dan fasilitator adalah Pn Faizatul Noor binti Abu Bakar yang juga pensyarah Diploma Teknologi Solar Fotovoltan di Kolej Komuniti Segamat 2.  Hari pertama kursus, peserta dapat didedahkan dengan pengenalan teknologi solar PV & Rekabentuk Sistem Solar OGPV dan peserta juga menjalankan praktikal iaitu pengujian Voc, Isc dan pengujian kecekapan.  Diharapkan ilmu yang dikongsi dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran, mengembangkan perniagaan sedia ada dan menjana pendapatan.
| |
| | |