PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2025 SIRI 1 :MyBARBERS2U - KURSUS GUNTING RAMBUT WANITA
| | |
|  Tarikh : 03 MEI 2025  Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang  Tempat : Kolej Komuniti Rompin  Pengajar : Pn Aslinda binti Kamaludin  Pensyarah Pembantu : Pn Nor Fadzilah binti Yaacob Cik Norhasikin binti Abu Bakar  Telah berlangsung Kursus MyBARBERS2U Gunting Rambut Wanita anjuran Kolej Komuniti Rompin dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Rompin yang dihadiri oleh 15 orang peserta wanita dari komuniti Orang Asli yang terpilih di sekitar daerah Rompin, Muadzam Shah dan Bera. Tenaga pengajar kursus ialah Pn Aslinda yang merupakan pengusaha Salon Rambut Gentlemen Cut di Kuantan.  Hari pertama kursus, peserta dapat mengaplikasikan alatan gunting dengan betul, mempelajari pelbagai style guntingan rambut (straight & butterfly) dan boleh menghasilkan hasil guntingan rambut mengikuti modul yg dipelajari.  Diharapkan ilmu yang dikongsi dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran, mengembangkan perniagaan sedia ada dan menjana pendapatan.
| |
| | |