MOD PEMBELAJARAN IOC CSR RBR KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

Sesi II 2024/2025 – Siri 7
3 Mei 2025 – Sabtu
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Pensyarah Pemantau:
En Ramlan bin Aw Ngah
Kolej Komuniti Rompin terus memperkukuh agenda pembangunan holistik pelajar menerusi penganjuran Program Industry on Campus (IOC) siri ketujuh dengan melibatkan 12 orang pelajar daripada empat program utama iaitu Sijil Kulinari (3 orang), Sijil Operasi Perhotelan (3 orang), Sijil Teknologi Elektrik (3 orang) dan Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (3 orang). Kesemua pelajar ini berjaya mengikuti pembelajaran luar bilik kuliah melalui mod pembelajaran IOC CSR yang diadakan di Rompin Beach Resort.
Pelaksanaan program ini menjadi manifestasi komitmen institusi dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik bersama industri sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar mengenai realiti sebenar alam pekerjaan melalui pendekatan experiential learning. Program ini diyakini mampu meningkatkan keupayaan pelajar mengaplikasikan ilmu akademik dalam konteks praktikal industri seterusnya memperkukuh kefahaman, kemahiran teknikal dan kompetensi profesional mereka selaras dengan kehendak pasaran pekerjaan semasa.