PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PELAJAR INSTITUSI TAHFIZ & SEKOLAH PONDOK (PKTP) 2025 - KURSUS KRAFTANGAN MANIK
| | |
|  Tarikh : 03 MEI 2025  Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang  Tempat : Kolej Komuniti Rompin  Pengajar : En. Muhamad Izzat Imran Bin Hasmizi  Pensyarah Pembantu : En. Ali Jalal Bin Mohd Hatta  Telah berlangsung Kursus Kraftangan Manik anjuran Kolej Komuniti Rompin dengan kerjasama Madrasah Tahfiz Al-Umm Kuala Rompin, Pahang yang dihadiri oleh 15 orang peserta dari kalangan Tahfiz Al-Umm. Tenaga pengajar kursus ialah En. Muhamad Izzat Imran yang merupakan Pensyarah Kolej Komuniti Rompin.  Hari pertama kursus, peserta dapat mendalami pengenalan asas kraftangan manik. Peserta telah mempelajari asas pembuatan beberapa jenis gelang manik dengan menggunakan teknik yang betul.  Diharapkan ilmu yang dikongsi dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran TVET dikalangan pelajar tahfiz.
| |
| | |