Program Kempen 1 warga 1 pokok di bawah program local agenda (LA 21) V.2

Seramai 12 orang pelajar dan 6 orang pegawai/pensyarah pengiring  yang diketuai oleh Timbalan pengarah (Akademik) En. Anwar Fakaruddin bin  Jalaludin telah terlibat menyertai program Kempen 1 warga 1 pokok di bawah program local agenda (LA 21) 
anjuran Majlis Daerah Rompin. Pelbagai agensi kerajaan dan individu turut menyertai program ini.

Antara aktiviti  dalam program ini ialah senamrobik, ceramah bertajuk Recycle for Life oleh SWCorp Rompin serta aktiviti pembersihan pantai, trash to cash jual beli barangan terpakai,penanaman pokok, dan plogging.

Dalam program ini juga, Kolej Komuniti Rompin telah memenangi tempat ketiga daripada 20  agensi dan individu dalam pertandingan plogging sampah. Di samping itu, kolej juga turut memperoleh hasil dari timbangan sisa yang terkumpul dalam aktiviti plogging tersebut.

Program ini  banyak memberi  kesedaran kepada pelajar dan staf tentang kepentingan menjaga dan mencintai alam sekitar disamping memberi peluang untuk menyumbang secara langsung dalam menjaga kebersihan alam sekitar serta menghayati nilai tanggungjawab sosial dan kelestarian alam.

Tahniah dan Terima kasih kepada pelajar dan semua pihak yang terlibat dalam program ini.

🧵 Tarikh : 17 Mei 2025 (Sabtu)
⏰ Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
🏡 Tempat :Pantai Pontian Jaya,Kuala Rompin
🦚Kerjasama bersama :Unit SmartGreen KKRP dan Unit Pembangunan Pelajar

#SmartGreenKKRP
#budayahijau
#KamiKomitedResponsifPositif