Lawatan tapak telah diadakan di Laman Agro KKRP dan kawasan blok asrama perempuan, bagi merancang penanaman pokok-pokok buah-buahan seperti durian belanda dan pokok-pokok herba . Lawatan ini diketuai oleh Puan Sri Watikah binti Mohd Zahari, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Rompin. Turut hadir bersama Puan Mastura binti Mastor, Penyelaras SmartGreen KKRP dan Puan Nurulshida binti Abd Rashid selaku penyelaras Laman Agro KKRP. Inisiatif ini bertujuan adalah untuk menyokong pembelajaran praktikal, mempertingkatkan kelestarian alam sekitar, membekalkan sumber makanan segar, serta menggalakkan kerjasama dengan komuniti . Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi pendidikan dan ekologi, tetapi juga memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan warga kolej. Diharapkan usaha ini dapat menjadikan kampus lebih hijau, nyaman, dan lebih kondusif. 🧵 Tarikh : 19 Mei 2025 (Isnin) #SmartGreenKKRP
| ||