Telah berlangsung Program Jom Tanam Pokok Warga Kolej Komuniti Rompin 2025 yang bertempat di Laman Agro KKRP dan laman asrama perempuan. Program ini telah dianjurkan oleh Unit SmartGreen KKRP, Unit Kolaborasi, IOC dan Pengantarabangsaan, dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Rompin. Program ini turut menerima sokongan strategik daripada Rompin Beach Resort, rakan kolaborasi di bawah inisiatif Industry On Campus (IOC). Kehadiran aktif pengurusan tertinggi, staf akademik dan sokongan, serta pelajar Kolej Komuniti Rompin telah menyerikan program ini, sekali gus mencerminkan komitmen bersama ke arah kelestarian dan pemeliharaan alam sekitar. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Muzaffar Bin Abdul Aziz , Pengarah Kolej Komuniti Rompin, melalui simbolik penyerahan anak pokok sebagai tanda perasmian program ini. Dalam program ini, Pejabat Pertanian Daerah Rompin telah menyumbangkan sebanyak 25 anak pokok yang terdiri daripada pokok buah-buahan dan pokok herba. Sumbangan ini bertujuan untuk digunakan dalam proses pembelajaran pelajar kulinari, khususnya dalam kursus SUG10022 Pematuhan Teknologi Hijau. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran warga KKRP terhadap teknik penanaman yang betul, khususnya dalam kalangan generasi muda, agar dapat memupuk kelestarian dalam komuniti mereka untuk jangka masa panjang. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk: Program ini berjaya menyemai kesedaran hijau dan kemahiran penanaman dalam kalangan warga KKRP serta mengukuhkan kerjasama komuniti dan industri. 🗓Tarikh : 21Mei 2025 (Khamis) #SmartGreenKKRP | ||