Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Rompin Bil 1 Tahun 2025 pada 23 Mei 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Komuniti Rompin. Agenda majlis ini didahului dengan Simbolik ‘Eksplorasi Hijau’ Kolej Komuniti Rompin dengan penanaman anak pokok 'Durian Belanda' yang disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Sri Haji Hasan Bin Arifin, Ketua UMNO Bahagian Rompin. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ybhg. Dato' Sri Haji Hasan Bin Arifin, Ketua UMNO Bahagian Rompin dan turut dihadiri oleh tujuh ahli jawatankuasa yang lain. Skop perbincangan berkaitan perancangan dan pelaksanaan kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti Rompin serta bantuan dan kepakaran Kolej Komuniti Rompin yang dapat memberi manfaat besar kepada komuniti setempat. Diharapkan agar segala perbincangan dan kerjasama yang terjalin dalam mesyuarat ini dapat memberi impak positif kepada Kolej Komuniti Rompin, sekali gus memastikan institusi ini kekal relevan serta berperanan penting dalam pembangunan komuniti, khususnya bagi warga Daerah Rompin. | ||