🗓 Tarikh: 29 Mei 2025 (Khamis) Unit Smart Green Kolej Komuniti Rompin telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kolej Komuniti Jerantut . Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Kolej Komuniti Rompin, Encik Ahmad Muzaffar Bin Abdul Aziz, bersama Jawatankuasa Unit Smart Green KKRP. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan pelaksanaan inisiatif hijau, termasuk pengurusan sisa lestari, penggunaan tenaga boleh diperbaharui, serta pembangunan landskap hijau yang berimpak tinggi. Semoga ilmu dan inspirasi yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuhkan lagi pelaksanaan Smart Green di KKRP ke arah komuniti yang lebih lestari dan mampan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Unit Smart Green KK Jerantut dan Unit Smart Green KK Temerloh atas kesudian menerima kunjungan kami serta berkongsi ilmu dan pengalaman yang amat bermakna. #SmartGreenKKRP #budayahijau #KamiKomitedResponsifPositif 📸 Galeri Lawatan ke KK Jerantut![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ||