Program Kolej Ceria: Bersih & Indah V.1

Unit Smart Green bersama Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Kolej Komuniti Rompin telah menganjurkan Program Kolej Ceria: Bersih & Indah V.1 yang berfokus kepada aktiviti keceriaan seperti pemasangan rumput karpet dan mengecat divider. Program ini bertujuan mencantikkan persekitaran kolej, menggalakkan kerjasama warga kolej, serta menyokong kelestarian alam sekitar selaras dengan SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 13 (Tindakan terhadap Perubahan Iklim) dan SDG 15 (Kehidupan di Darat).

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jawatankuasa Smart Green KKRP serta semua peserta program yang terdiri daripada staf akademik dan staf sokongan atas komitmen, kerjasama dan sumbangan tenaga dalam menjayakan program ini.

🗓 Tarikh: 14 Ogos 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Lobi dan Kawasan Parkir Kolej Komuniti Rompin

#SmartGreenKKRP
#BudayaHijau
#KamiKomitedResponsifPositif