KURSUS “MINYAK JADI SABUN”: BENGKEL KREATIF KITAR SEMULA

Unit Smart Green, Kolej Komuniti Rompin telah menganjurkan Kursus “Minyak Jadi Sabun: Bengkel Kreatif Kitar Semula” yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik menghasilkan sabun menggunakan minyak masak terpakai serta memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dan keusahawanan hijau. Program ini melibatkan penyertaan pelajar kursus SUG10022 Pematuhan Teknologi Hijau dari Program Kulinari, pensyarah, staf  Kolej Komuniti Rompin, serta 3 orang pegawai daripada Pejabat Pertanian Daerah Rompin.

Pengisian bengkel merangkumi:
1.Pengenalan kepada kitar semula minyak masak terpakai
2.Demonstrasi langkah pembuatan sabun termasuk penyediaan bahan dan langkah keselamatan
3.Aktiviti praktikal (hands-on) pembuatan sabun dalam kumpulan
4. Penerangan mengenai potensi keusahawanan sabun kitar semula

Secara keseluruhan, kursus ini berjaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran praktikal dan kesedaran peserta terhadap amalan hijau serta peluang menjana pendapatan melalui produk kitar semula.

🗓 Tarikh: 13 November 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
🏠 Tempat: Dewan Seminar, Kolej Komuniti Rompin
👩‍🏫 Penceramah: Syaripah Nurhidayah @ Nadia binti Syd Jaafar