MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA TAHUN 2026 DENGAN KERJASAMA KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Program ini menjadi platform strategik dalam menyalurkan peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Imigresen Malaysia Tahun 2026, khususnya dalam memperkasa komuniti melalui pembangunan kemahiran dan pendidikan.
Dalam inisiatif ini, Kolej Komuniti Rompin turut menerima peruntukan sebanyak RM100,000 bagi menjalin kerjasama dalam pelaksanaan pelbagai kursus kemahiran kepada komuniti Nenasi, antaranya:
🔧 Pemasangan & Penyelenggaraan Aircond Domestik
⚡ Pendawaian Elektrik & Pemasangan CCTV
🏍️ Servis Motosikal & Kenderaan Ringan
🍽️ Penghasilan Produk Makanan & Pramusaji
Kolej Komuniti Rompin turut memberi komitmen memeriahkan Majlis Peluncuran dengan mengambil bahagian dalam aktiviti berikut :
🛵 Servis motosikal secara percuma kepada komuniti
🍹Kursus Penghasilan Air Balang
✍Reruai pameran Kolej Komuniti Rompin yang menyediakan informasi berkaitan peluang pengajian TVET dan laluan pendidikan
🍽 Pelajar Sijil Operasi Perhotelan menjadi pramusaji di meja makan VVIP
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia atas kepercayaan memilih Kolej Komuniti Rompin sebagai rakan strategik institusi TVET dalam menjayakan Program Kampung Angkat Madani Tahun 2026.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dalam usaha memperkasa komuniti melalui TVET membina kemahiran dan mencipta peluang masa hadapan yang lebih baik.
📅 12 September 2026
⏱ 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
📍 Sekolah Kebangsaan Nenasi, Pekan, Pahang