Satu perlawanan persahabatan silat antara Kolej Komuniti Rompin dan Politeknik Mersing telah diadakan. Seramai 10 orang pelajar mewakili Kolej Komuniti Rompin menentang peserta Politeknik Mersing.Pelbagai kategori dijalankan melibatkan pelajar lelaki dan perempuan. Perlawanan ini diadakan bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam sukan silat kepada para peserta untuk bersedia mewakili institusi masing-masing kelak.Peserta dari Kolej Komuniti Rompin menunjukkan prestasi yang baik hasil latihan kerap. Diharap pengalaman ini dapat menberikan kesan positif dalam perkmebangan sukan silat Kolej Komuniti Rompin.
13 SEPTEMBER 2026
2.00 HINGGA 6.00 PETANG
DEWAN PERMATA MARJAN, POLITEKNIK MERSING