IDEA KARYA AGUNG KKRP DI PENTAS NATIONAL !! MyALT TESTER: AltDyno Smart Bench

Kolej Komuniti Rompin berbangga apabila produk inovasi cetusan idea warga pensyarah Program Teknologi Automotif, Kolej Komuniti Rompin (KKRP) berjaya dibentangkan dalam Commercialization Industry Pitching: The Big Ideas 2026 bersempena Karnival Pendidikan Pengkomersialan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 (EduComm’26) di Kolej Komuniti Kuantan pada 12 September 2026 yang lalu.
Selain berjaya dipentaskan di hadapan juri profesional oleh En Mohd Juwahir bin Pa’iman selalu Pengurus Industry On Campus (IOC) KKRP, inovasi ini juga telah meraih Anugerah Gangsa.
Ahli kumpulan terdiri daripada:
1️⃣En Mohd Juwahir bin Pa’iman
2️⃣Ts Wan Mohd Fakhri bin Wan Mansor
3️⃣En Muhammad Sofwan bin Mohd Kharis
4️⃣Tc Muhamad Shaharudin bin Mohd Ramli
5️⃣Tc. Mohd Ridzuan bin Mohamad Noor
6️⃣En Mohd Hafiz bin Rosli
Penglibatan sulung oleh warga KKRP ini adalah sebagai batu loncatan untuk mengutip pengalaman berharga serta mendapatkan impak bagi permohonan Geran T-ACGS, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di samping kelestarian dan kesinambungan kerjasama dalam konteks Industry On Campus (IOC).
Syabas dan Tahniah !!