KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN “SERVICE QUALITY” DALAM KEUSAHAWANAN DENGAN KERJASAMA UNIT KEUSAHAWANAN

📆11 SEPTEMBER 2026
🕘 4.00 HINGGA 6.00 PETANG
📍DEWAN SEMINAR KOLEJ KOMUNIITI ROMPIN
Sebuah program keusahawanan telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dengan kerjasama Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Rompin. Program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada para peserta yang hadir untuk memperkasa kemahiran komunikasi dan kualiti servis dalam keusahawanan.
Seramai 41 orang peserta telah menyertai program ini. Turut hadir adalah pelajar-pelajar yang turut menjalankan aktiviti keusahawanan dalam kolej antaranya adalah pelajar keusahawanan Carwash, Barista, Barber dan KM-5.
Peserta telah didedahkan dengan kaedah penyampaian maklumat dengan jelas dan baik, kemahiran mendengar dan berinteraksi dengan pelanggan atau tetamu, cara memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa terjaga, pengaplikasian semula dan latihan serta sesi quiz Kahoot bagi menguji pemahaman peserta. Di akhir program peserta berjaya menunjukkan hasil positif melalui program yang diikuti.