Program Semarak Kasih Merdeka "Projek Jualan Hari Malaysia

🍝 Telah berlangsung Program Semarak Merdeka "Projek Jualan Hari Malaysia" anjuran Program Kulinari dengan kerjasama Unit Keusahawanan KKRP yang bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Malaysia di samping memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran kulinari dan keusahawanan melalui aktiviti jualan makanan serta minuman.
🥪 Pelbagai juadah telah disediakan dan dijual hasil air tangan pelajar Sijil Kulinari Semester 1, 2 dan 3 antaranya Wanton sosej, Popia crab rangoon, Popia bergedil, Quesillo cheese, Pasta buttermilk dan pasta aglio olio with crispy chicken, Fish and chips, Wanton in bowl, Club sandwich serta minuman air balang seperti Fruit Punch Malaysia Day dan Thai Tea Creamy. Pelaksanaan program ini turut menggalakkan semangat kerjasama, kreativiti, komunikasi dan pengurusan jualan dalam kalangan pelajar.
🍗 Secara keseluruhannya, program ini berjaya mewujudkan suasana sambutan Hari Malaysia yang meriah serta memberi pengalaman pembelajaran secara praktikal kepada pelajar dalam aspek penyediaan makanan, perkhidmatan pelanggan dan pengurusan perniagaan makanan. Program ini diharapkan dapat menyemai semangat patriotisme, meningkatkan keyakinan diri dan memupuk minat pelajar terhadap bidang keusahawanan kulinari.
📅 Tarikh : 16 September 2026 (Rabu)
📍 Tempat : Laman Usahawan, Kolej Komuniti Rompin
⏰ Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang