PROGRAM TVET@PPKI - KURSUS ASAS PEMBUATAN ROTI

▪️Telah berlangsung Program TVET@PPKI - Kursus Asas Pembuatan Roti yang dihadiri oleh 27 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Perantau Damai.
🔹Pelajar telah mempelajari dua jenis variasi produk roti iaitu Mexican Bun dan Cinnamon Roll.
🔹Pelajar juga didedahkan dengan teknik menguli doh yang betul dengan kaedah yang tepat bagi mendapat hasil yang baik dan mempelajari pelbagai jenis inti dan topping yang sesuai digunakan.
🔹Diharapkan ilmu yang dikongsi mampu memberikan pendedahan kepada pelajar untuk dipraktikkan di sekolah dan masa depan.
🗓 Tarikh : 14 & 15 September 2026 (Isnin & Selasa)
⏰Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
🏠Tempat : Bengkel Pastri, Kolej Komuniti Rompin
👩‍🍳Pengajar : Pn. Natasha Noremilia binti Othman
👩‍🍳Pensyarah Pembantu : Pn. Hasmahani binti Mahusin & Encik Noor Azhar bin Abd Wahab