Program Kg Angkat MADANI di SMK Nenasi diteruskan pada hari ini dengan pelaksanaan kerja servis, baik pulih dan pemasangan unit penyaman udara di Bilik Mesyuarat dan Makmal Komputer. Di Makmal Komputer, pelajar telah melaksanakan kerja pemasangan indoor bagi tiga unit penyaman udara jenis ceiling exposed berkapasiti 3 HP setiap 1. Kerja ini memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar dalam melaksanakan penyelenggaraan unit penyaman udara berkapasiti lebih besar dalam situasi sebenar. Di Bilik Mesyuarat pula, kerja baik pulih telah dilaksanakan pada satu unit penyaman udara yang mengalami kebocoran pada outdoor coil dan unit tersebut berjaya dibaik pulih. Selain itu, pelajar turut melaksanakan pemasangan satu unit penyaman udara split unit baharu berkapasiti 1.5 HP. Keseluruhan aktiviti hari ini berjalan dengan baik dan memberi peluang kepada pelajar SPU untuk mengaplikasikan kemahiran dalam kerja penyelenggaraan, mengesan kerosakan, baik pulih dan pemasangan sistem penyaman udara. Aktiviti secara hands-on ini turut membantu meningkatkan kemahiran teknikal, penyelesaian masalah, kerja berpasukan dan keyakinan pelajar dalam menghadapi situasi kerja sebenar. En. Onn bin Ahmad@Jusoh En. Ramlan bin Aw Ngah Ts. Zikriah binti Zakaria | ||