Telah berlangsung dengan jayanya Program Lawatan Tapak bagi Meninjau Ruang dan Peluang Kolaborasi Program Keusahawanan Sosial (SE) ke NADI Muadzam Shah dan OWNSTUDIO Muadzam Shah.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kesesuaian lokasi latihan serta membincangkan skop dan keperluan latihan kemahiran penghasilan produk kraf untuk pelajar.
Perbincangan turut meliputi anggaran bajet, keperluan peralatan, kesesuaian reka bentuk produk dan perancangan pemasaran bagi memastikan produk yang dihasilkan mempunyai nilai tambah dan potensi pasaran.
Hasil lawatan ini diharapkan dapat menjadi asas kepada perancangan latihan dan pembangunan produk kraf pelajar secara lebih tersusun, di samping memperkukuh jaringan kolaborasi bersama komuniti dan pihak berkepentingan.
LAWATAN TAPAK BAGI MENINJAU RUANG DAN PELUANG KOLABORASI PROGRAM KEUSAHAWANAN SOSIAL (SE)
TARIKH : 23 September 2026
MASA : 12.00 tengah hari – 5.00 petang
TEMPAT : NADI Muadzam Shah dan OWNSTUDIO Muadzam Shah
ANJURAN : Unit Keusahawanan, Kolej Komuniti Rompin
PEGAWAI YANG TERLIBAT :
Pn. Nurulshida Binti Abdul Rashid
Pn. Nor Hasikin Binti Abu Bakar