Tarikh: 22 September 2026 (Selasa)
Masa: 9.45 pagi
Platform: Google Meet![]()
![]()
PEMBENTANGAN KAJIAN DI RIACS POLYCC SUSTAWARDS 2026
22 September 2026 | Selasa
Tahniah diucapkan kepada Pn. Mastura binti Mahmud bersama En. Mohd Shahrulnizam bin Jamalludin dari Kolej Komuniti Rompin atas penyertaan dan pembentangan kajian dalam RIACS POLYCC SUSTAWARDS 2026 – Research Innovation Academia Symposium yang berlangsung pada 22–23 September 2026.
Kajian bertajuk “Portable Multibag Batik Malaysia: Inovasi Produk Hijau Berteraskan Kelestarian dan Warisan Budaya” telah dibentangkan pada ketetapan berikut:
Kajian ini mengetengahkan inovasi Portable Multibag Batik Malaysia yang menggabungkan aspek kelestarian alam sekitar, fungsi produk guna semula serta elemen warisan batik tempatan. Inovasi ini turut menyokong usaha membudayakan penggunaan produk hijau dan meningkatkan kesedaran terhadap amalan lestari dalam kehidupan seharian.
Penyertaan ini menjadi salah satu usaha Kolej Komuniti Rompin dalam memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi dan kelestarian serta mengetengahkan hasil inovasi warga kolej ke platform akademik.
Tahniah dan syabas kepada para pembentang!
𝐊𝐊𝐑𝐏: 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝. 𝐑𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧𝐬𝐢𝐟. 𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟.