TVET@PIPOA : KURSUS JUNIOR SNACK – HOMEMADE POPCORN & NUGGET

🌟 Hari ini belajar buat popcorn dan nugget. Esok mungkin mampu hasilkan produk sendiri!
Telah berlangsung Kursus Junior Snack: Homemade Popcorn & Nugget yang disertai oleh 20 orang pelajar PIPOA Daerah Rompin.
Kursus ini memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta tentang penyediaan popcorn dan nugget, termasuk teknik penyediaan, kebersihan, pengendalian bahan dan penghasilan produk yang berkualiti serta berpotensi untuk dijadikan produk jualan.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat meningkatkan keyakinan, kreativiti dan minat peserta untuk menghasilkan produk makanan sendiri serta meneroka peluang keusahawanan.
📅 20 September 2026
⏰ 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Kitchen B, Kulinari, Kolej Komuniti Rompin
👨‍🍳 Pengajar:En. Mohd Sharin Hafiza Bin Mohd Isa
👩‍🏫 Pensyarah Pembantu:Pn. Nurulshida Binti Abdul Rashid