PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI: SKOP PROJEK 4 PROGRAM PENGHASILAN PRODUK MAKANAN, MASAKAN DAN PRAMUSAJI (KURSUS ASAS BARISTA)

Kursus ini merupakan kursus terakhir bagi pelaksanaan Skop Projek 4 iaitu Kursus Asas Barista yang dihadiri oleh 17 orang komuniti Kampung Nenasi yang terpilih.
☕ Antara Pengisian Kursus ialah:
Asas Barista dan penggunaan peralatan
Penyediaan Hot Latte & Iced Latte.
Penyediaan minuman bukan kopi: (Iced Chocolate, Matcha & Matcha Strawberry)
🎯 Pada akhir kursus, peserta dapat menguasai asas dan menghasilkan sendiri penyediaan minuman kopi dan bukan kopi serta meningkatkan kemahiran praktikal yang berpotensi menjana pendapatan dan mencipta perniagaan dari rumah.
📅 Tarikh: 20 September 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8:00AM - 1:00PM
🏫 Tempat: The Songket Restaurant, KKRP
👨‍🏫 Pensyarah Terlibat:
En. Muhammad Huzaifah bin Mohd Anuar
👥 Peserta:
17 orang peserta Komuniti Nenasi