Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Telah berlangsung program JALINAN KERJASAMA BAGI PERLAKSANAAN PROGRAM KEM KEPIMPINAN DAN EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI PAHANG 2026 di Kampung Mukut Pulau Tioman, Rompin. Seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan pelajar aktif lain bersama seorang pensyarah pengiring telah mengikuti program ini. Peserta dan pengiring telah melibatkan diri dalam beberapa program iaitu PROGRAM EXPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI PAHANG, PROGRAM JOM SERTAI MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA PROGRAM CABARAN MENDAKI GUNUNG NENEK SEMUKUT 2026 Melalui program ini, para pelajar telah didedahkan dengan kemahiran survival dan lasak seperti kemahiran berkhemah, memasak survival, anduh, hiking dan water confident. Dari aspek kepimpinan, pelajar telah didedahkan dengan kemahiran memimpin seperti kemahiran mendengar, ekspresi dan enterpretasi. Dari aspek kemahiran para peserta telah didedahkan dengan kemahiran kraf tangan dan perniagaan manik yang turut diikuti warga Kampung Mukut selain dapat membina jaringan sosial sekitar kampung. Para peserta juga berjaya melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong membersihkan jeti Kampung Mukut dan Masjid Kampung Mukut. Di akhir program, para peserta menunjukkan hasil yang positif dan berjaya memupuk rangkaian kenalan yang baik antara peserta yang datang dari institusi institusi berbeza. Diharap program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dengan pelbagai kerjasama yang positif dari pelbagai pihak. | ||