Telah berlangsung PROGRAM SPORTS INSPIRASI SISWA SISWI yang telah dihadiri oleh 90 orang pelajar Semester 1 Kolej Komuniti Rompin. Antara pengisian program ini ialah senamrobik yang dikendalikan oleh Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS), sukaneka dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Program ini memberi pendedahan bagaimana meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesihatan dalam kalangan siswa siswi melalui aktiviti sukaneka selain memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan kesukanan dalam kalangan peserta dalam membentuk sikap disiplin, bertanggungjawab dan kepimpinan melalui penglibatan dalam aktiviti berkumpulan. Diharapkan program ini menjadi platform yang sesuai untuk membentuk pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi,sosial dan sahsiah serta dapat mewujudkan suasana kampus yang lebih harmoni, aktif dan kondusif serta menyokong usaha kolej melahirkan graduan yangberkualiti dan berdaya saing. 1) En. Mohd Zuhardi bin Mohyiddin 1) Pn. Norziehan Hanin binti Abdul Hamid | ||