🌊 PROGRAM PEMBERSIHAN MEGA SELURUH NEGARA SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA (HCM) 2026 🌱

πŸ“… Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Pantai Hiburan, Kuala Rompin
🌱 Seramai 29 orang pelajar Kolej Komuniti Rompin (KKRP) telah menyertai Program Pembersihan Mega Seluruh Negara sempena Hari Cuci Malaysia (HCM) Tahun 2026 di bawah Program Local Agenda 21 (LA21) Majlis Daerah Rompin Zon R4A. Penyertaan ini mencerminkan komitmen KKRP dalam menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar serta membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan pelajar.
🌱 Program ini turut diiringi oleh 6 orang pegawai pengiring KKRP, iaitu:
1. En. Mohammad Azrinsha bin Abdul Wahab
2. Pn. Mastura binti Mastor
3. En. Noor Azhar bin Abd Wahab
4. Pn. Natasha Noremilia binti Othman
5. Pn. Maryam binti Pandi
6. Pn. Nor Hasikin binti Abu Bakar
🌱 Sepanjang program, para peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk senamrobik, aktiviti β€œGempur Sampah Pantai” serta Cabaran Kira, Timbang & Menang. Aktiviti pembersihan ini memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai kepentingan menjaga kebersihan pantai, pengurusan sisa yang bertanggungjawab serta memupuk semangat kesukarelawanan dan kerja berpasukan.
πŸ† Tahniah kepada kontinjen Kolej Komuniti Rompin yang berjaya meraih NAIB JOHAN dalam Cabaran Kira, Timbang & Menang! Pencapaian ini membuktikan komitmen dan semangat kerja berpasukan warga KKRP dalam menjayakan agenda kelestarian serta usaha pemeliharaan alam sekitar.
🌱 Program ini turut menyokong SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab), SDG 13 (Tindakan Iklim) dan SDG 14 (Hidupan di Bawah Air) melalui usaha mengurangkan pencemaran, meningkatkan kesedaran terhadap pengurusan sisa serta memelihara kebersihan ekosistem pantai.
πŠπŠπ‘π: πŠπ€πŒπˆ 𝐊𝐨𝐦𝐒𝐭𝐞𝐝. π‘πžπ¬π©π¨π§π¬π’πŸ. 𝐏𝐨𝐬𝐒𝐭𝐒𝐟.